Risiko hamil pada usia tua



DUA faktor utama perlu diberi perhatian, usia anda dan jarak kelahiran anda. Usia anda memasuki 40 tahun dikaitkan dengan peningkatan risiko berikut (berbanding kehamilan anda terdahulu):

– Risiko penyakit berkaitan usia seperti kencing manis dan darah tinggi.

– Risiko berkaitan kehamilan seperti uri bawah (plasenta previa), uri lekang (plasenta abruptio) dan anemia (kekurangan darah).

– Risiko berkaitan janin seperti sindrom down serta sindrom ketidaknormalan kromosom lain

Selain itu, anda juga mungkin lebih mudah berasa letih sejak kehamilan. Anda mungkin memerlukan lebih banyak rehat. Tahap pemakanan lazimnya tidak berkaitan dengan usia.

Jarak kelahiran yang jauh membolehkan tubuh anda kembali pulih selepas kelahiran terdahulu dan mengurangkan kejadian anemia. Namun, jarak kelahiran jauh mungkin menyebabkan anda berasa seolah-olah sama seperti kehamilan anak pertama, malah anda mungkin berasa ia seperti pengalaman pertama hamil.

Teruskanlah pengambilan pil asid folik sebanyak lima miligram setiap malam. Pengambilan pil vitamin pula seeloknya jenis yang khusus untuk wanita hamil.

Saya harap anda memulakan antenatal bagi pemeriksaan tekanan darah, berat badan, ujian air kencing, ultrabunyi mengesahkan tarikh dan usia kandungan, bilangan janin (wanita berusia lebih berisiko mendapat kehamilan kembar), pengukuran nuchal translucency janin dan menjalani ujian saringan darah (paras hemoglobin, hepatitis, VDRL dan HIV).

Berbincanglah lebih lanjut dengan doktor anda mengenai masalah di atas. Doktor anda mungkin menawarkan ujian darah saringan risiko sindrom down atau terus kepada ujian kepastian melalui ujian chorionic villous sampling atau CVS bagi mengetahui DNA janin. Ujian saringan darah bagi penyakit kencing manis juga mungkin turut dilakukan.

sumber:http://wmelayu.blogspot.com/2008/04/risiko-hamil-pada-usia-tua.html

Satu Tanggapan

  1. salam kenal ya… aq anak kebidanan UNS
    blog kamu keren banget

Berikan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Ikuti

Kirimkan setiap pos baru ke Kotak Masuk Anda.

Bergabunglah dengan 115 pengikut lainnya.

%d blogger menyukai ini: